Jan 12, 2025 - FASDerby Lembah Klang di antara Selangor FC menentang Kuala Lumpur City (KLC) FC, akan berlangsung di Stadium MBPJ, pada hari ini jam 5:15 petang.
Ini merupakan pertemuan ke-90 di antara dua pasukan Lembah Klang. Gergasi Merah telah memenangi 53 perlawanan dan seri 18 seri. Selain itu, 89 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali terakhir menentang KLC adalah dalam pusingan pertama saingan Liga Super musim ini, dengan keputusan kemenangan dimiliki mereka, 0-1.
Menurut Katushito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, beliau akan pastikan perlawanan Derbi Lembah Klang ini menarik.
“Petang ini kita akan menghadapi perlawanan derbi, seperti yang ramai tahu, tidak kira di mana-mana negara, setiap perlawanan derbi merupakan antara perlawanan menarik untuk ditonton, dan begitu juga permainan petang ini. Oleh itu, para pemain perlu kekalkan fokus dan saya percaya mereka akan berikan yang terbaik untuk mendapatkan tiga mata petang ini,” jelas Kinoshi.
Bagi keberadaan pemain, Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL). Nikola Jambor dan Ali Olwan telah menjalani aktiviti bersama pasukan dan berkemungkinan akan diturunkan bersama pemain-pemain lain.
Pihak pengurusan Selangor FC percaya pasukan akan berikan segalanya untuk perlawanan Derbi Lembang Klang ini. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!